Terma Dan Syarat
Kami amat berbesar hati atas kesediaan anda membeli produk di laman online kami. Namun, untuk membeli produk di laman online kami, beberapa terma dan syarat yang perlu di patuhi pelanggan sebagai persediaan bagi kejadian yang tidak di ingini berlaku. Malah kami juga terpaksa membuat terma dan syarat sebagai polisi agar tiada mana-mana pihak mempertikaikan perkhidmatan kami sekiranya ada yang tidak sempurna di mata pelanggan.

Sebelum membaca sepenuhnya terma dan syarat kami, kami harap anda dapat pastikan bahawa anda:
  • Bukan pelanggan yang tidak dapat bersabar menunggu maklumbalas email dari kami 
  • Bukan pelanggan yang cerewet dan tidak dapat mengikut prosedur kami.
  • Bukan pelanggan yang tidak sabar dalam proses jual, beli dan hantar produk kami kepada anda.
  • Bukan pelanggan yang ragu-ragu dengan perniagaan kami 
Sekiranya anda ada kateria-kateria seperti di atas, kami harap anda tidak meneruskan urusan jual beli bersama kami, ini kerana anda dan kami akan mempunyai masalah komunkasi di kemudian hari.

Terma & Syarat Pembayaran
  • Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Online Banking seperti RHB, Maybank2u, CiMB Cliks dan sebagainya, pastikan anda meletakkan email kami mylelamani[at]gmail[dot]com di ruangan recipient's email seperti yang di minta oleh mana-mana perkhidmatan online banking bank masing-masing. Manakala sekiranya anda menggunakan akaun bank individu lain, pastikan anda memberitahu nama penuh individu tersebut ketika anda menghantar bukti pembayaran kepada kami. Ini kerana proses pemberitahuan pembayaran anda akan lebih mudah, malah kami tidak sukar untuk memastikan anda telah membuat pembayaran kepada kami.
    • Sekiranya anda menggunakan mesin cash deposit atau anda membayar di kaunter bank, sila imbas atau tangkap gambar resit tersebut, kemudian MMS kepada kami. No. telefon untuk MMS gambar kepada kami, akan kami berikan sebaik sahaja anda menghantar borang tempahan. Namun, bagi kami lebih mudah sekiranya anda membuat imbasan melalui komputer kemudian hantar melalui email kepada email kami  mylelamani[at]gmail[dot]com . Atau ingin lebih mudah, gunakan borang bukti pembayaran yang kami sediakan, untuk memuatnaik bukti pembayaran anda. KLIK SNI UNTUK KE BORANG BUKTI PEMBAYARAN.
      • Selepas sahaja anda membuat pembayaran melalui mana-mana cara sekalipun, sila gunakan borang bukti pembayaran atau email kepada kami dengan menyertakan bukti pembayaran, bagi membuat pengesahan atas pembayaran yang anda lakukan. Kegagalan berbuat demikian, akan menyebabkan barang anda tidak akan di proses untuk penghantaran. Sila ingat tentang perkara ini, supaya kami dan anda tiak akan berlaku masalah di kemudian hari.
        • Nombor pengesanan produk atau Tracking Number akan kami beri kepada anda melalui email atau SMS, selepas penghantaran kepada kurier dibuat. Dan sekiranya produk yang diterima mengalami kerosakan atau salah, sila kemukakan aduan kepada kami melalui e-mail kami di mylelamani[at]gmail[dot]com selewat-lewatnya 7 hari daripada tarikh penerimaan produk. Aduan yang dilakukan selepas jangkamasa tersebut, tidak akan dilayan sama sekali. Jika produk yang rosak tidak dapat di ganti, kami akan mengembalikan wang anda mengikut harga produk yang anda beli. (tidak termasuk kos kurier/penghantaran). 
        Terma & Syarat Penukaran Produk

        Penukaran produk @ pemulangan wang mengikut nilai, akan dilakukan sekiranya anda mempunyai 2 sebab di bawah sahaja :
        1. Mengalami kerosakan (benang tercabut, jahitan tertetas, koyak)
        2. Kesilapan penghantaran produk
        Dan kesemua kos penghantaran akan kami tanggung sepenuhnya. Namun tuntunan penukaran hendaklah tidak lebih dari 7 hari barang di terima. Aduan/Tuntutan yang dilakukan selepas jangkamasa tersebut, tidak akan dilayan sama sekali.


        Penukaran produk @ pemulangan wang mengikut nilai, boleh dibuat namun kesemua kos penghantaran adalah tanggungan pihak anda, sekiranya anda mempunyai sebab yang tidak dapat kami terima seperti di bawah ini :
        1. Produk tidak sesuai dengan anda
        Kami telah memberitahu anda semua sepesifikasi setiap produk kami, sekiranya produk tersebut tidak sesuai dengan anda seperti ukuran tidak sama dengan anda, warna tidak cantik dengan tone warna kulit anda atau sebagainya, kami mohon maaf, permintaan anda untuk membuat penukaran @ pemulangan wang boleh kami laksanakan, namun kos penghantaran adalah tanggungan anda.

        2.Saja-saja ingin menukar barang

        3.Tersilap membuat pembelian

        Terma & Syarat Nombor Pengesanan Produk
        Pembeli seharusnya mengetahui dan faham bahawa selepas sahaja kami memberi nombor pengesanan produk atau tracking number, tanggungjawab terhadap penghantaran akan beralih kepada anda dan  Pos Malaysia/Pos Laju/Nationwide  sekiranya berlaku sebarang kehilangan produk, produk masih belum sampai dan sebagainya. Dan anda harus menerima risiko bahawa produk yang dihantar berkemungkinan hilang atau rosak disebabkan kecuaian pihak Pos Malaysia/Pos Laju/Nationwide.

        Namun anda tidak perlu risau, kerana pihak kami sedia menolong anda untuk mengesan produk anda. Kejadian seperti produk telah sampai ke tempat pembeli, namun semasa produk dihantar, anda tiada di alamat yang ditulis sering terjadi, ini menyukarkan pihak Pos Malaysia/Pos Laju/Nationwide, namun kebiasaanya Pos Malaysia/Pos Laju/Nationwide akan mennggalkan sekeping kad meminta anda untuk menuntut produk anda di cawangan pejabat kurier mereka.

        Manakala  sekiranya anda memberi alamat yang salah juga akan menyebabkan kesukaran di pihak Pos Malaysia/Pos Laju/Nationwide untuk menghantar, dan akhirnya anda akan kehilangan produk begitu sahaja. Jadi, pastikan alamat anda di isi dengan betul dan tepat.

        Jika produk hilang, atau rosak, anda mempunyai hak untuk meminta ganti rugi daripada  Pos Malaysia/Pos Laju/Nationwide dan kebiasaannya mereka akan membuat ganti rugi dengan kadar segera, namun beberapa prosedur perlu di laksanakan, semoga kejadian seperti ini tidak berlaku kepada pelanggan kami.

        Dan yang terakhir, sekiranya barang tidak sampai kerana kami memberikan nombor pengesanan produk atau tracking number yang tiada dalam senarai, anda boleh membuat pengesahan dengan Pos Malaysia/Pos Laju/Nationwide dahulu. Jika  Pos Malaysia/Pos Laju/Nationwide masih mengatakan nombor pengesanan produk atau tracking number yang kami beri tiada dalam senarai, barulah anda email kepada kami untuk pengesahan kerana mungkin kami memberi nombor pengesanan produk atau tracking number yang salah.

        Untuk maklumat lanjut mengenai penghantaran melaui Pos Laju & Pos Malaysia :


        Customer Care Department
        Level 6 , Pos Malaysia Headquarters
        Dayabumi Complex
        50670 Kuala Lumpur

        Operating Hours:
        8.30 am to 9.30 pm, Monday to Saturday
        ( except 1st Saturday of the month and Public Holiday )
        Fax 03-2727 9200
        E-mail care@pos.com.my
        Pos Malaysia PosLine : 1 300 300 300

        Laman Sesawang Untuk Pengesanan Produk
        POS LAJU: 
        http://202.185.150.100/emstrack/

        POS REGISTER/DAFTAR:
        http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_registered_mail.asp

        POS BUNGKUSAN/PARCEL:
        http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_e_parcel.asp

        POS EKSPRESS:
        http://www.pos.com.my/pos/appl/service/sub_express_mail.asp

        atau anda boleh membuat pengesanan produk dengan klik link di bawah.
        Comments
        0 Comments
         
        © Copyright 2011 Le Lamani™ Online Boutique | Hijab | Shawl | Textile | Cloth | Design by Wak Studio™ Host by Wak Studio™