Cara Membuat Pembayaran

Permulaan
Di Le Lamani, pembayaran boleh di buat dengan menggunakan 5 cara seperti di bawah :
  • ATM / Kaunter Cash Deposit
  • Online Banking (Bank Pilihan Kami)
  • Online Banking IBG (Lain-lain Bank)
  • Kad Debit / Kad Kredit
  • Paypal
Kami menerima semua jenis transaksi seperti di atas, namun mstilah mengikut syarat yang di tetapkan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ATM / Kaunter Cash Deposit
Menggunakan mesin ATM Cash Deposit kami rasa lebih mudah berbanding Kaunter Cash Deposit. Namun kedua-dua kaedah ini perlulah di laksanakan di ATM Cash Deposit dan Kaunter Cash Deposit  bank pilihan kami sahaja. Berikut antara bank pilihan kami :

RHB Bank Berhad

Public Bank Berhad

Sekiranya anda menggunakan  ATM Cash Deposit, pastikan anda memasukkan nombor akaun yang telah kami beri, dan pastikan juga nama yang pemegang akaun di skrin mesin ATM adalah sama dengan yang kami beri. Bagi yang menggunakan Kaunter Cash Deposit pula, sila isi borang Cash Deposit dengan memasukkan nombor akaun dan nama pemegang akaun yang telah kami beri. Setelah selesai membuat pembayaran, pastikan anda menghantar bukti pembayaran kepada kami dengan cara mengimbas resit pembayaran atau menangkap gambar resit pembayaran dan hantar melalui Pesanan Ringkas Multimedia (MMS) atau melaui Borang Bukti Pembayaran dan boleh juga melalui email kepada email kami  mylelamani[at]gmail[dot]com. Kebiasaanya, penggunaan kaedah ini memudahkan tempoh transaksi pemindahan kewangan kedalam akaun kami. Ia hanya mengambil masa dalam 30minit - 1jam. Oleh itu, produk anda dapat kami hantar dengan kadar segera selepas sahaja anda menghantar bukti pembayaran kepada kami.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Online Banking (Bank Pilihan Kami)
Menggunakan Online Banking (Bank Pilihan Kami) adalah cara yang paling kami galakkan. Namun kaedah ini perlulah di laksanakan di Online Banking, bank pilihan kami sahaja. Berikut antara bank pilihan kami :

RHB Bank Berhad

Public Bank Berhad

Amat mudah, di mana anda cuma perlu memasukkan nombor akaun kami dan pastikan nama pemegang akaun yang kami beri sama dengan nama yang terdapat dalam sistem Online Banking anda. Pastikan juga anda meletakkan email kami mylelamani[at]gmail[dot]com di ruangan "recipient's email" seperti yang di minta oleh sistem Online Banking, bank-bank pilihan kami. Setelah selesai membuat pembayaran, pastikan anda menghantar bukti pembayaran kepada kami dengan cara mengimbas skrin komputer anda dan hantar melalui Borang Bukti Pembayaran atau melalui email kepada email kami  mylelamani[at]gmail[dot]com.  Kebiasaanya, penggunaan kaedah ini memudahkan tempoh transaksi pemindahan kewangan kedalam akaun kami. Ia hanya mengambil masa dalam 30minit - 1jam. Oleh itu, produk anda dapat kami hantar dengan kadar segera selepas sahaja anda menghantar bukti pembayaran kepada kami.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Online Banking IBG (Lain-lain Bank)
Menggunakan Online Banking IBG (Lain-lain Bank) adalah cara yang mudah. Namun kaedah ini mengenakan anda caj sebanyak RM2.00 untuk setiap transaksi. Untuk makluman, caj sebanyak RM2.00 itu adalah tanggungan anda, bukan tanggungan kami. Kaedah ini boleh di lakukan dimana-mana bank yang menawarkan perkhidmatan sistem Online Banking ini. Antara bank yang menawarkanya adalah seperti Maybank2u, Bank Islam, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional, AMBank, Public Bank, RHB Bank dan Bank Rakyat. Menggunakan kaedah ini, anda cuma perlu memasukkan nombor akaun kami dan pastikan nama pemegang akaun yang kami beri sama dengan nama yang terdapat dalam sistem Online Banking anda. Pastikan juga anda meletakkan email kami mylelamani[at]gmail[dot]com di ruangan "recipient's email" seperti yang di minta oleh mana-mana perkhidmatan online banking bank masing-masing. Setelah selesai membuat pembayaran, pastikan anda menghantar bukti pembayaran kepada kami dengan cara mengimbas skrin komputer anda dan hantar melalui Borang Bukti Pembayaran atau melalui email kepada email kami  mylelamani[at]gmail[dot]com. Kebiasaanya, penggunaan kaedah ini menghadkan tempoh transaksi pemindahan kewangan kedalam akaun kami. Sekiranya anda melakukan pembayaran sebelum 12.00 tengahari hari ini, kami akan menerima pembayaranya pada keesokan paginya, manakala sekiranya anda melakukan pembayaran selepas 12.00 tegahari ini, kami akan menerima pembayaranya pada hari ketiga. Oleh itu, produk anda terpaksa kami tahan untuk seketika waktu, walaupun anda telah menghantar bukti pembayaran kepada kami. Ini kerana kami ingin mengelakkan kes penipuan yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini. Sekiranya anda ingin juga menggunakan kaedah ini, pastikan anda membuat pembayaran sebelum 12.00 tengahari.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Paypal
Menggunakan sistem Paypal juga adalah antara cara pembayaran yang mudah, namun kami tidak menggalakkannya bagi pelanggan-pelanggan kami yang berada di Malaysia. Kami lebih menggalakkan kepada pelanggan-pelanggan yang berada di luar negara. Untuk menggunakan kaedah ini, anda cuma perlu memasukkan email syarikat kami miziniza[at]gmail[dot]com dan pastikan tertera nama M*****d A*****e Bin A***l R****n pada sisitem akaun pembayaran Paypal anda. Setelah selesai membuat pembayaran, pastikan anda menghantar bukti pembayaran kepada kami dengan cara mengimbas skrin komputer anda dan hantar melalui Borang Bukti Pembayaran atau melalui email kepada email kami  mylelamani[at]gmail[dot]comKebiasaanya, tempoh transaksi memindahkan wang ke akaun kami adalah sekitar 30minit - 1jam. Oleh itu, produk anda dapat kami hantar dengan kadar segera selepas sahaja anda menghantar bukti pembayaran kepada kami. Namun kaedah ini mengenakan anda caj 3.4%+RM2 untuk setiap transaksi. Kos dan caj ini adalah tanggungan anda, bukan tanggungan kami.
Comments
0 Comments
 
© Copyright 2011 Le Lamani™ Online Boutique | Hijab | Shawl | Textile | Cloth | Design by Wak Studio™ Host by Wak Studio™