Cara Membuat Tempahan
Langkah Pertama
Tempahan boleh di buat melalui 2 cara iaitu :
  1. Melalui Borang Tempahan Online (BTO). Klik butang ORDER untuk ke borang tempahan >> 
  2. Melalui email kepada mylelamani[at]gmail[dot]com
*kami amat menggalakkan penggunaa borang tempahan, kerana, borang tempahan lebih mudah dan tersusun, malah penerimaan resit online anda juga di susun rapi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah Kedua (Penggunaan Borang Tempahan Online 'BTO')
Borang tempahan biasanya akan muncul apabila anda menekan butang ORDER yang terdapat sejurus anda membuka kedai online kami.

Isi dan lengkapkan Borang Tempahan Online (BTO)  yang tersedia dengan betul dan tepat. Kesilapan mengisi borang tempahan boleh menyebabkan kesukaran dari segi pengurusan dan penghantaran.

Setelah siap mengisi borang tempahan, sila tekan butang HANTAR.  Sebaik menerima pesanan anda, pihak kami akan menyemak stok produk yang anda tempah, untuk memastikan produk yang anda tempah masih ada dalam stok simpanan kami. Sekiranya produk yang anda tempah, masih mempunyai stok, kami akan memberikan pengesahan melalui e-mail atau pesanan ringkas (SMS). Kebiasaannya, pengesahan produk mengambil masa 5 minit hingga 30 minit.

Langkah Kedua (Penggunaan E-Mail)
Penggunaan e-mail agak melecehkan, namun kami tetap memberi kemudahan ini sekiranya berlaku kerosakan dalam sistem BTO kami.

Hantarkan tempahan anda melalui e-mail kepada kami, menggunakan format di bawah ini:
Nama :
Alamat Penuh :
No. Telefon:
E-Mail:
Kod Produk:
Alamat Facebook:
hantarkan kepada  mylelamani[at]gmail[dot]com .

Sebaik menerima pesanan anda melalui e-mail anda, pihak kami akan menyemak stok produk yang anda tempah, untuk memastikan produk yang anda tempah masih ada dalam stok simpanan kami. Sekiranya produk yang anda tempah, masih mempunyai stok, kami akan memberikan pengesahan melalui e-mail atau pesanan ringkas (SMS). Kebiasaannya, pengesahan produk mengambil masa 5 minit hingga 30 minit.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah Ketiga
Di dalam maklumat pengesahan kami, jumlah kos produk yang perlu anda bayar termasuk kos penghantaran dan No. Akaun kami, akan kami sertakan. Pembayaran hendaklah dilakukan 24jam setelah anda menerima pengesahan produk dari kami. Tempahan akan terbatal secara automatik sekiranya tiada apa-apa pembayaran atau makluman mengenai tempahan tersebut di lakukan selepas 24jam tempoh bayaran yang kami beri.

Sila beri bukti pembayaran seperti slip deposit cash, screen-shoot online banking atau sebagainya yang boleh menjadi bukti bahawa anda telah membuat pembayaran. Bukti pembayaran hendaklah di hantar ke e-mail kami di mylelamani[at]gmail[dot]com atau melalui Borang Bukti Pembayaran (BBP) yang kami sediakan. Format yang kami terima untuk bukti pembayaran antaranya: Jpeg, Png, Bitmap, Gift, Word, Excel dan Pdf. Cara untuk melakukan pembayaran dan cara menghantar bukti bayaran boleh di lihat di sini >>> CARA MEMBUAT PEMBAYARAN.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah Ketiga
Selepas kami menerima bukti pembayaran dari anda, kami akan memproses produk anda untuk di hantar kepada anda dengan kadar segera. Penghantaran akan di lakukan menggunakan perkhidmatan kurier seperti berikut:




KOS PEMBUNGKUSAN & PENGHANTARAN
Kos penghantaran tertakluk kepada berat sesuatu produk. Kebiasaanya kami hanya menggunakan Pos Laju bagi penghantaran domestik dan Pos Register bagi penghantaran antarabangsa. Kos penghantaran kami di kira termasuk kos pembungkusan . Berikut harga bagi kos penghantaran dan pembungkusan produk menggunakan Pos Laju/Pos Malaysia/Pos Register.
>>KLIK SINI UNTUK MELIHAT HARGA KOS PEMBUNGKUSAN & PENGHANTARAN<<
Selepas penghantaran di lakuakan, kami akan memberikan anda nombor pengesanan produk (tracking no.) untuk anda mengetahui status produk anda. Untuk mengesan produk anda, sila klik butang dibawah ini.



Kebiasaannya, pihak perkhidmatan kurier akan mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja untuk penghantaran di Semenanjung Malaysia. Manakala 1 hingga 4 hari bekerja bagi penghantaran di Sabah dan Sarawak. Dan bagi penghantaran luar dai kawasan Malaysia, sila rujuk laman web perkhidmatan kurier kami.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Langkah Ketiga
Dan terakhir, anda akan menerima produk yang anda tempah mengikut alamat yang anda beri kepada kami. Dalam produk tersebut, kami juga telah menyelitkan resit pembayaran sebagai rujukan anda. Sila periksa produk tersebut dengan teliti.

Sekiranya produk yang diterima mengalami kerosakan atau salah, sila kemukakan aduan kepada kami melalui e-mail kami di  mylelamani[at]gmail[dot]com selewat-lewatnya 7 hari daripada tarikh penerimaan produk. Aduan yang dilakukan selepas jangkamasa tersebut, tidak akan dilayan sama sekali. Jika produk yang rosak tidak dapat di ganti, kami akan mengembalikan wang anda mengikut harga produk yang anda beli. (tidak termasuk kos kurier/penghantaran).
Comments
0 Comments
 
© Copyright 2011 Le Lamani™ Online Boutique | Hijab | Shawl | Textile | Cloth | Design by Wak Studio™ Host by Wak Studio™